Bila muka korang ditumbuhi jerawat mesti korang dok belek-belek cermin
berharap cermin akan berkata " Ok aku akan musnahkan jerawat kome ini " .
Haha. Tak ada nye kak oi, cerita kartun pun x pernah belaku gitu. Mesti korang gelabah
kan nak hilangkan supaya keyakinan diri datang balik. Wah gitu. Ok sekarang mia
nak bagi tips supaya jerawat korang akan mengecut dalam masa 2 hari dan akan hilang
dalam masa 5 hari. Insyallah. Mia pun cuba dah memang alhamdulilah berkesan gila.
Sekali dengan parut-parut jerawat dulu hilang. Mudah je dan yang penting tidak mengeluarkan
duit yang banyak berabis beli ubat jerawat yang bepuluh-puluh kat farmasi. Kita just perlu
back to natural ^_^ Satu je . Kene rajin buat tiap malam dan memerlukan kesabaran..
Bahan-Bahan :
- BEDAK SEJUK
- APPLE VINEGER
- MADU
Bedak sejuk mia beli kat kedai RM3.50 . Made homemade 100%
from Kedah
Mia guna yang ini je. Orang cakap lagi bagus guna yang jenama BRAGG.
Tapi tak jumpa kat kedai just jumpa yang ini. Harga RM7.50 tak silap.
Madu semua jenama Ok. Tak kisah lah asalkan madu ea..
Ok . Sekarang ini korang semua hanya perlu bancuh bedak sejuk dengan sedikit
cuka apple tambah dengan madu. Korang cuci muka terlebih dahulu dan baru pakai.
Masa nak pakai terpulang lah kat kome nak pagi , tegahari siang or malam.
Tapi better pakai malam sebeum tidur. Bangun pagi cuci muka dan gembira lah melihat
wajah anda yang cerah, terasa segar ala-ala emma maembong. Haha.
Selamat mencuba ya
SEBELUM
Nampak tak jerawat tot tot .. Tapi sebelum ni besa lagi ini gamba selepas 1 hari
pakai masker . Lambat snap hehe..
SELEPAS
Nampak tak ?? ia dah tak kembung . Tinggal bekas je ^_^
Saya boleh tersenyum semula . huhu
No comments:
Post a Comment