Karnival 1001 Rasa Sate Kajang dan pesta Balloon Panas

Assalamualaikum reader . Update blog ting tong. Kali ini saya nak kongsi bersama anda semua.

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang dan Pesta Ballon Panas.

Ia berlangsung pada 29 - 31 March 2015.


Siapa yang pergi pasti tahu sambutan yang sangat hebat daripada rakyat malaysia terutama sekitar Kajang. Pelbagai jualan , aktivit dan tarikan yang di persembahkan untuk pegunjung. Paling di nantikan adalah pembakaran sate terpanjang pada hari last karnival. Ia di adakan sekitar pukul 4 petang hingga 8 malam. Saya tidak sempat snap gambar orang yang bakar sate kerana sibuk dengan persediaan Ballon Panas.


Bermula langkah pertama sekitar jam 9 pagi, crew Ballon Panas yang di undang dari Kuala Lumpur  datang untuk meyediakan Ballon Panas. 




Saya orang first yang interframe sebab saya adalah salah satu crew mereka. Kerja partime la kiranya.
Setelah siap parking lori dan van, crew start enjin body semua  dengan mengangkat bakul anggaran berat besi Sazali bina badan tu, huhu




Semua crew bersungguh - sungguh sambil di lihat oleh bos yang garang siap turn nak kena ngap je. Huhu




Proses untuk megembangkan baloon yang besar gila. Sebenarnya banyak sangat proses yang di gunakan. Saya skip sikit ya. 




Ini step yang semakin bergaya untuk menerbangan ballon ke udara. Setelah basah baju, daya kesabaran yang tinggi. Separuh baloon semakin berjaya di siapkan



Proses memasukkan gas ke dalam baloon. Anggaran  pukul 10.30 pagi ballon berjaya untuk di terbangkan



Tara. Finally. Alhamdulilah dapat juga di siapkan.




Saya berpeluang seumur hidup masuk ke dalam bakul yang nampak kecil . Tapi kalah kereta kancil. 




Yeah .. Ready to fly



Nampak tidak bertapa tingginya ballan panas ini naik di udara. Pertama kali saya naik, saya rasa macam nak muntah dan takut sangat nak tengok ke bawah. Setelah semakin menurun, saya tak nak turun. haha. Ok ini pengalaman paling best dalam hidup saya










Untuk pengetahuan, ballon tersebut di ikat oleh kenderaan. Angin yang kuat menyebabkan ballon terpaksa di ikat. Lain lah kalu di Turkey. Terbang bebas di udara. Tapi agak berisiko juga.




Sambutan pada waktu yang sangat happening. Pengunjung ramai meyaksikan dan juga beratur menunggu giliran. Tetapi ada yang benasib tidak baik kerana operasi di hentikan. Angin malam yang sangat kuat dan terpaksa tutup sekitar jam 10 malam.






Kalau berminat untuk memgunakan services perkhidmatan ballon panas ,

Boleh contact seperti yang tertera :


Call at: +603-92022664 / +6014-5302426
Email us at: eastcoastballoon2u@gmail.com









Sekian terima kasih














No comments: